Wednesday, August 10, 2011

MY TIPS:GOING TO BAZAAR RAMADHAN

kita sebagai rakyat malaysia
kalau datangnye bulan ramadhan yang mulia ni
memang sinonimos dgn tak lain tak bukan
BAZAAR RAMADHAN.
tapi tahun ni aku cukup sedih la kan sbb aku dok umah je
mama masak
cukup la tu kan.makan banyak jugakk~tehehe
so, disini, aku nak share la tips tops pegi bazaar ramadhan.
ley jugak nak kongsi ramai2.kalau sudi. =)

1. PARKING SANA SINI.
situasi ini sangatlah biasa kalau kita pergi bazar, tak kire lah kat mane2.dan jangan la korang tipu kat aku kan bulan2 puase ni, mesti dalam otak korang penah pikir kan,'AKU NAK PARKING YANG PALING DEKAT DENGAN BAZAR'.kan kan kann?ade la penah aku nmpk seorang manusia ni yang sanggup tunggu kereta lain nak keluar sebab nak parking dekat n betul2 kat tepi startnye gerai2 bazar tu kan.kepada manusia itu,terima kasihlah kerana menguji kesabarang orang-orang di belakang anda.anda secara tidak langsung mengakibatkan kesesakan lalu lintas.apala salahnya kalau kita parking jauh sikit,dapat exercise time puasa sikit,letih tu sekejap je.nanti kau nampak makanan tak ingat dah letih kau tu.sebab aku pun camtu.teehee

2.DECIDE WHAT YOU WANT TO BUY
this applies on everyone and me myself and i.rutin aku kalau aku kat bazar, aku jalan sampai hujung, usha2 makanan dan abg hensem,eh,tak,salah.hehe.usha la makanan ape yg ade.and eating ethics kena la ikot so dapat la elak nafsu yang membuak-buak itu.kalau makan, kita mesti start dengan appetizers, main course and finally dessert kan?so, utk org malaysia kalau time nak buka puasa, appetizers mesti la kueh2 ke, taufufa ke, main course tu nasi arab ke,nasi beriyani ke, dessert tu maybe buah2.tapi ade jugak yang aku nampak appetizer nasi, main course pun nasi, dessert pon nasi.OKAAAYYY.boyot prot akak~tp time bazar memang la fiesta makanan, nafsu maseng2 banyak lah keinginan nak makan tu la,makan ni la.apedehal, puasa kan sebulan.hari2 makan la menu laen2.apa susah?ni skali satu hari kalau boleh satu bazar tu kau nak angkut balik.yes,terbaekkkk.

3.DUIT READY DEKAT TANGAN
yes,ini untuk mengelakkan keserbabutan kalau nak bayar kan.yelah.akak2 and abang2 kita ni kalau beli, tgn penuh kiri kanan.cuba bayangkan kita pegang purse or wallet pastu nak bayar kena la pulak bukak,selak,seluk duit tu kan. (ye,ayat aku agak lain macam di situ -___-; maap.)dengan plastik kiri kanan tangan, mau ke tidak kau buat aksi mari menari sorang2 edisi bazar depan akak/abang gerai tu?terhibur hati mereka sebentar.ini baru yang bawak purse/wallet kat tangan.cube pulak akak2 yang bawak handbag.hehe.aku tgh terbayang pulak.gelak sorg2.oleh itu, kalau nak gy bazar tu, ready la duit secukupnya buh dalam poket ke.lagi satu pun utk safety reasons.and kesenangan dan kepantasan membeli.save time okeh people~

4.PERFECT TIMING NAK PERGI BAZAR
selalunye lepas asar la kan.tapi tu lah.ramai pulak lepas tu.aku rase this is up to the person jugak.maybe ade time dia, and other contributing factor as well.tapi,jangan la pukul 3 tu kau dah bertapak kat bazar.apekah?gerai pon takde lagi and aku rase abg or akak gerai memang baru nak keluar and redi2 barang utk dijual kat bazar.lepas tu, bila sampai awal, alamak, murtabak tak siap lagi.maka kau dengan bagus magusnye berdiri dekat gerai murtabak tu, tengok abang murtabak masak murtabak (aku rase aku nk makan murtabak la banyak kali taip murtabak ni) tak ke awkward bagi abang murtabak nak masak muratabak (hamek kau MURATABAK~!) order la dengan abang tu, pastu tak payah la kau berdiri macam tugu negara kat depan beliau.tak jadi kang murtabak dia.kalau masa aku kat melaka dulu, kelas abis memang just on time nak pegi bazar.kadang2 awal tu ade la, tapi just nice la.haih.rindu nak pefi bazar kat peringgit. :(

5.BAZAR SANA BAZAR SINI
ape salahnya kita bertukar-tukar bazar sekali sekala,maklumlah nak try sana sini.kalau kat melaka, bazar kat peringgit ade,batu berendam ada, kat taman cempaka ada, kat depan mydin pun ada.memang byk la bazar aku pegi ni.sekali sekala nak tukar selera.try try bazar ni ada ape yang best, bazar tu ada ape yang best. bosan jugak la kan kalau dok bazar yang same je.sampai akak nasi ayam tu dah jadi bff kau.bosan la dey.haha

so, aku rase itu yang aku mampu kongsi
tapi kalau ade lagi tips or kaedah yang best memanfaatkan masa di bazar
please do share with me.
jangan lah membeli sakan ye kat bazar tu.
xmampu nak berdiri kang kau nak angkat perut boyot itu.
kau mampu?

hehe.
selamat berpuasa. ;)

Tuesday, August 9, 2011

Seksa and Slut?

so, aku dah happynye menamatkan internship aku.
yes, tapi semasa hari hari terakhir aku, mata aku diseksakan.
so topicnya ialah

SEKSA AND SLUT.

what is slut?sila copy paste perkataan slut itu dan buh kat google translate.
haha.i hope nobody find this offensive.
tapi, layan lah pikiran anak muda yang penuh dengan imaginasi ini.
muda keeeeee~

so,biasalah aku lunch kt ofis nak dekat akhir2 ni
dan aku perukan lah air nak menemankan lunch aku
maka aku bgerak lah aku ke kafe, nak menapau air
so.situasi 1.
AUNTY YANG PANGKAT NENEK YANG MEMAKAI AGAK REVEALING.
yes.the seksa slut.edisi emas.
kau jangan okeh, rambut kalah i,kaler merah putih biru bak kaler bendera negara netherland 
party grandma ape.
tapi lah kan,bagi aku, kalau working environment mcm tu, i think you dont have to be SANGAT revealing.
kalau kau muda nak show off badan yang solid molid itu, takpe lah jugak
ni berlapis2 macam tayar lori disusun
and rambut tu, kalau dye, bagila nmpk lively and bermaya sikit
ini macam nak rumput kering je aku tengok.
so, akibatnya, aku telah menambah dosa mengutuk-mengutuk makcik ni.

sambung jalan.
smpai kafe.
ramai la org plak nak order air ni, so, tunggu la kan.
aku, mengikut adab, beratur la nak beli air kan.
tibe, tak tau dari mana datang lah minah ni tbe2 cut line dgn makcik2 yg kat blakang aku skali
oih, ter-cut jugak hati aku.
so.situasi dua.
MINAH AGAK KURANG AJAR.
dia pon meletakkan order die.
abang buat air pun tenong dia.
pastu toleh ke aku, tanya aku nak minum apa.
AKU NAK GELAK SUMPAH,TAPI AKU COVER SO JADI TERGAGAGAGAGAP.
hahahhahahahahahahaha.jahat tak aku?
dalam otak aku, sumpah aku buat gambaran yang aku cakap kat minah tu
'RIGHT AT YOUR FACE BIATCH!'
mangaiii~jaahaat akuuuu niii
tapi aku terperasan gak la abang buat air tu tersenyum nak gelak gak
yela, aku tunggu lame kot.suke hati bontot minah tu melenggang depan aku.
naseb bek aku bukan jenis melenting on the spot, kalau tak memang nahas kau.
aku ni jenis monolog dalaman je.hahahaha

tapi, itulah sebenarnye keadaan sekitar kita sebenarnye
penuh ngan berbagai-bagai ragam buruk dan baik
we have various type of homo sapiens in this world
so, sempena dah seminggu lebih berpuasa
aku nak ucapkan selamat berpuasa and selamat hari raya aidilfitri (cam awal sgt je) kepada semua yang sudi membaca coretan aku yang seberapa ni
mintak maap kepada yang terasa
i'm just stating what i feel
no offense to any pihak. :)
adios amigogos.

Wednesday, July 13, 2011

sempatblogmalasnaktekanspacebar.

merujuk kepada title tajuk di atas.
aku sgt malas.
minggu minggu akhir aku sebagai seorang intern sgt menyiksakan jiwa raga dan bakul aku yg penuh dgn kain kotor sbb aku tak sempat n lupe nk bwk turun bwh nak basuh.
ahhhhhh tuhannnn
kenapa ku diuji sebegini~
berilah aku ketabahaaan~
untuk mengharung cinta inni-
eh.
dah jadi lagu.
lantaklah.aku mmg malas tahap gaban jepun da ni.
jadi post ini hanyalah aku merengek kemalasan
sebab aku tgh stress
dan kerinduan seseorang yang jauh di mata dekat di hati
kalau di beri mesti nak lagi~hadoi~~~~~~~berpantun lagiiiii

ha.tgklah.anak2 skang mcm aku ni.kemalasan.
apa nak jadi dgn anak bangsa sekarang ni?
asek nk pergi menyebok kat BERSIH2.0
eh,takde da,dah habis.
hahaha.

aku merepek meroyan je ni.
so zas.
LAYAN.
honghengkkkk~

Wednesday, June 15, 2011

to you.

it started by a sweet, sweet crush.
i never imagined us together.
then i took a chance.
we got closer.
i got happier.
and you were sending me signals,signals that even you don't realize.
signals that made me fall so deep for you.
we got even more closer.
and i'm really happy of what we have now.
it's just you are so far away.
i wish to see you.
i wish to hold your hand.
i wish to kiss you.
i wish to hug you.
i wish to just sitting beside you and doing nothing.

but i'm glad i kept apart of you in my heart.
and i'll just wait for the moment you will say those magic words to me.
no matter how long it takes.
no matter how painful it is going to be.
no matter how sad is going to be.

i will wait for you.


wrestling atau kursus kahwin.kau kena pilih kalau tak kau mati.

memang sesak la nak keluar dari rumah aku pagi-pagi buta.mak aku yang drive la tapikan,tapi kalau aku bawak kete (makluman:saya takde lesen.so ini hanya imaginasi saje.) aku rase aku dah sumpah seranah la kat traffic light tu. sampai laporan trafik kat radio tu pon cakap 'kesesakan luar biasa di bandar Sg Long.' memang SANGAT LUAR BIASA kununye la trafik lait kat situ kene hack la dgn kumpulan ape tu yg kunun2 nak hack portal malaysia tu?ape tu?anonamos?LUAR BIASE BETUL. -________-

setelah terlepas jam luar biasa tu dkt sg long, aku pon (bukan aku,aku dan mak aku) stuck plak dkt sg ramal, jam bukan men panjaaaaaaaaaaaaang.demi nak menghiburkan hati,aku mengalihkan perhatian aku kepada radio sebelum aku mencarut,menyumpah seranah depan mak aku (mencarut dgn sopan ye,ihiks.)aku dgr la problem statement si ABG ENCEM ni yang cakap dia berbelah bahagi nak pegi kursus kawin or nak tgk wrestling dimana kedua-duanya sume hari Sabtu ini.ni mcm antare pilihan yg kadang2 tak logik jugak la kan,tapi dua2 ade pros and contras die.

tapi cam agak bangang la pilihan dia di situ.

so,mari kita lihat pros and contras bagi dua-dua pilihan.

macam nak jawab soklan final exam je.

abg encem ni cakap,dia minat gile wrestling,minat triple H la,stone cold la,big show la (aku pakai buh je,ni zaman lama punye wrestler).tapi alamak,time nak gi tgk wrestling tu, kene pegi kusus kawin la plakkk.tensyen plak abg encem kite ni.haha.mangkok ayon btol la abg encem ni.mangkok yang kat dapo aku tu pon tak agak berayon mcm kau abg encem. abg encem ni pon, kalau nak resah sbb kene pilih antara satu, xde ke bnde len yg ko nk resahkan?passion gile kat wrestling tu ye.aku rasa kalau abg encem ni dpt tiket free gy tgk wrestling kat US tu, ade gak la kenduri kesyukuran dia buat 7 hari 7 malam.jemput satu kampung.event tiap malam,tgk wrestling.dan orang-orang kampung abg encem pon mngirim lah nak saaiinn wrestler2 terkemuka yang hanya pakai spendo yg menjerut usus.seronok kanak-kanak kampung menjulang name abg encem ni sbb dpt gy tgk wrestling foc.

tapikan la abg encem, kursus kawin tu bila-bila mase ade.every weeeeeeeek ade.byk lah mase lain kau nak pegi kusususus kawin ni.lain lah sbb kau dah nak kawin dlm 2 minggu lagi ke, dan kau terpaksa la pegi kusus2 kawin ni last2 minit.kau mmg last2 minit la kawin.bawak2 la berbincang dgn akak cun (abg encem pnye gerpren).ckp la manis2 dgn die, "ayang cun,ayang cun,kite tangguh kusus kawin kte tu,kte gy tgk wrestling kt kl nak x ayang cun?nanti kanda encem mtk sain kat baju tshirt, bg ayang cun pakai,nmpk lagi cun melecun."cume pastikan la ayat abg encem tu cukup manis utk mengelakkan risiko kene wrestling dgn akak cun.

kepada abg encem,semoga berjaya memujuk akak cun.dan semoga bahagia nnt lps kawen smpai ke anak cucu citcit.selamat berwrestling pada malam pertama.IHIKS.


Friday, June 3, 2011

sekadar KUTUKAN dan nasihat kepada adik ADINDA MILANO.

jumaat sudah, maka dengan ini sudah hampir sebulan kita,eh,kita pulak, aku dah menjalani praktikal dekat cyberjaya,yang selalunye time2 kat ofis aku isikan dengan men game babo.babo=bola golek2 yang boleh tembak2 and bunuh2 bola len.BOLA ITU BERDARAH WOI.haha.sengal.jadi la nak citenye. pekara yang sangat hot hot hot yang sedang tersebar-sebar,almaklumlah internet ni dah sekelip mata je dapat tau bende2 yang kununnye happening la.kat twittter (ya, saya ada twitter sekarang.) dah heboh2, kat fesbuk, kat mana2 lah kan.

apedehal adik adinda milano ni?

ye,apedehal dgn hal die,dengan bangganya announce die dah takde dara.

ok.

SAKIT MENTAL KE HAPE?

memang agak bongok lah di situ ya.kita dapat melihat kecerdikan budak-budak zaman sekarang yang bangga dah takde dara lah kunun.hey.ko bangga sangat ke ko dah takde dara tu?ko rase tu ape?achievement of a lifetime la?mane otak kau dik?ko hilangkan sekali la dengan dara2 kau tu, tu yang hebohkan la?ok.itu satu.ni yang aku baru bace kat blog die.kunun lah nak cakap people judge die,sapelah kita ni nak judge die,'pergi meninggalla'.ahaha.bulu ketiak aku pon tak rela la nak tgk blog kau yang penuh dengan gamba2 kau muke itik tu.tak comel la dik. macam monyet ade la aku tengok.

so,here is what i think kepada respon adinda milano lepas die heboh2kan die takde dara itu.

our society now is very very very judgemental.lagi2 yang announce dah takde dara kat intenet.dik,remember,kau tu blogger.and what you say on the internet dah macam takde privacy, memang padanla orang akan kutuk kau.ko da fikir tahap tu ke belom?ke kau dudok kat bwh tmpurung dengan orang-orang asli yang still pakai cawat yang taktau intenet and takde electricty kat hulu sungai tu?'aku dah tak ada dara'.can you see how little word can give a gigantic impact kat hidup?mesti la orang judge kau!apetah lagi kalau kita judge orang yang kau cakap kat bukit bintang tu takde dara,walhal memang bersepah orang yang dah takde dara,bukan takat bb je dik,memang nampak la kau katak tersorok bawah tempurung.kau jujur?kau jujur lah kau bagitau satu dunia ni kau takde dara?apa harga dara kau tu?10sen?nak jaja2 dara kau?memanglah mak bapak kau terima kau lagi, tapi kau nak jadi jujur?apa kata kau ceritakan sejujur-jujurnya kepada mak bapak kau proses kehilangan dara kau tu?cerita lah dari beginning to the end.kau kena rogol kah?family kau mungkin terima.tapi kau rasa tak pedih tusuk hati dorang, tau adik or anak dia gah sangat ceritakan pasal dara dia?kalau kau sayang family kau, kau takkan tergamak buat macam ni, and heboh2 kat internet.memang la padan muka kau, kan da beratus2 fan page kau ade.tapi ade jugak yang buat tu sebab kasihan kat kau, and nak bagi nasihat kat kau supaya kau berubah, ni tidak, kau cakap kau boleh berubah sendiri.hey,air liur basi kau pon mak kau lapkan lagi.boleh ke ubah perangai?orang dah hulurkan nasihat,dikutuknya lagi.kau mmg tak menghargai ke jasa org lain yang nak bantu kau?

'AKU BUKAN ISLAM HANYA DALAM IC.'

aku pon taknaklah cakap camtu kan sebab aku ni pon jahat jugak.kalau kau pakai tudung,aku boleh lagi la percaya sikit kau cakap camtu dik.tapi ni, dengan gamba itik kau tertayang penuh dekat blog tu,maaf.aku tak dapat percaya.kalau kau bijak, kau akan fikir dulu sebelum kau type semua bende yang kau heboh2 kat blog.dik.tgk la follower kau brape.aku taklah feymes kau.blog is where everyone can express their opinions,and takde lah FILTERING2 ni.so,adik,pandai2 lah filtering gune otak.maybe kau tak cukup umor lagi kot nak filter2 kau nak cakap ape.

so nasihat akak simple.

kalau nak luahkan perasaan, luahkan apa yang patut je.and fikir sebelum kau curah2 kan idea kat blog kau itu.kau kecik lagi.amekla nasihat orang-orang yang bagi nasihat kat kau tu.jangan fikir nak seronok and feymes je.



COMMENTS?
i would like to hear your thoughts.
3rd june 2011, friday.





Wednesday, May 18, 2011

mama, my idola.

aku akan mulakan entry ini dengan ayat yang hampeh sikit.

aku manusia hina
aku tak layak disayangi
tetapi aku sama seperti kau juga
dahagakan kasih sayang
kesepian,kesengsaraan
cukuplah sudah semua itu
aku ingin rasakan kebahagiaan.

pergh.
apemende ayat aku tu?
haha.

i have my weak moments.
i always do.
aku, bak kate orang, cepat sikit 'tacing'=touching.
nampak je muka cm gangster
berlagak sombong
tapi dalam hati, ada taman bunga~
bunga-bunga yang hanya menunggu untuk dipetik.
-apsal aku tak amek sastera je?-
so,nak citenye.
aku kadang2 emotional la sikit kan.
tak kesah la pasal ape.
family ke.bercintan-cintun ke.kawan ke.studies ke.
the moment aku cm nk breakdown
aku teringat mama.

mama is the strongest woman i know in this world.

tak kesah la ade cerita pasal wanita yang lawan kanser ke
redah lautan ke
ape ke.
aku rase mama la paling kuat.
yelah,she is the closest and longest woman i know since i was born
so,bila aku patah hati
aku sedih
aku rasa nak give up
selalunya aku mesti nangis
dan tros give up
and why does thinking of mom comes so late??

dah nanges2,patah hati sume tu.
dudok diam2 jap.
think of mama.

nak compare kan aku dengan mama, mama lagi dah go through asam garam perit hidup
manis,masin,pahit pon sume dah rasa.
aku ni?
macam mana mama boleh tahan dengan perangai aku?
and then be ok with it?
macam mana mama boleh tahan dengan abah yang perangai macam ala-ala playboy tu?
and then forgive him just like that, even he does it a few times?
macam mana mama boleh tahan hidup tanpa anak-anak dia?
and then just be happy like it is meant to be?
kalau lah boleh tengok hati n perasaan mama,mesti banyak yang berparut.
banyak yang tak sembuh lagi.
berbanding dengan aku ni.

aku menangis bila fikirkan mama yang lagi tabah.
dan aku yang merengek2.
memang betullah from an article that i read.
woman is stronger than man, emotionally.
kalau ada pun men that is strong emotionally, maybe just a a few of them.
mama's strength taught me to be stronger
so aku takkan la bersedih je sepanjang hidup aku
aku ingat lagi masa kereta perdana mama kena curi
aku cakap dengan mama, 'mama takyah la gi keje esok..'
just incase of the trauma.
'takpe,nanti keje mama terbantut pulak'
she said something like that, and the very next day she went to work.
she fought off the trauma.
so why can't i?

i want to have the chance to say to her,
mama, adik nak jadi mak yang kuat mcm mama.
and make her proud.
so i'm fighting off this asthma like it is nothing
so that i can make through and make my mom proud of me.

sorry for the late wish mom.
HAPPY MOTHER'S DAY.

Monday, May 16, 2011

sebulan sudah berlalu.....

selain daripada ape yg berkaitan dengan tajuk post ini
ade jugak la isi2 penting yg nk di postkan gak.

ape2 pon.

DA SEBULAN AKU TAK BLOG WOI.

final aku cm *******
tapi, despite that
aku suda bermula menjalani Latihan Industri di ICmicrosystems Sdn Bhd
yang xde kaitan sgt dgn course aku
tapi.looking at the positive side, I'm learning something new.
lagipun mcm da takde pe sgt nak buat mase LI ni, so i think i can concentrate on this.
its a company designing ICs, fabrication and etc
quite big in Malaysia
tapi biasalah, bende2 cinonet2 ni sape la nk prasan.
bak kate CEO nye, yang kecik2 ni xnmpk.besau je nampak.
tapi dah seminggu kat sini, ok la.not bad.cume yg tak seronoknye.parents aku hantar.
aku rase mcm aku menyusahkan sangat mereka2 ini.
nak blaja kete,nak lepas jpj je ni.
sikit je lagi.
haduimak.nak rase independent kan.
tapi nak buat macamane kan.
so.back to ICmic.
currently, I'm doing a research on Organic LED.
tak penah dengar?yes,first time aku dengar mase dekat ICmic ni la.
tapi teknologi dah di researchkan almost 40-50 years ago
and digunekan in appliances for almost four to five years ago.
expensive, yes, but lots of advantage.
pretty interesting~
tapi ade 3 bulan lagilah,dan aku extend sminggu lagi alang2 nak completekan module die 
n dpt duit.IHIK.

mesti la secare tak langsung aku dudok umah aku kat cheras ni kan
ye,selama 4 bulan sehingga la aku balik melaka untuk menyambung tahun terakhirku di UTeM.
pejam celik pejam celik,
aku dah nak abis stadi.
WOW.
aku terasa seperti cepat sangat time aku dekat UTeM
i think the best time of my life was while i'm in UTeM.
really.sumpah aku mesti rindu kt korang2 sume nnt bile da grad.
lagi-lagi my teddy.
T___T
yelah.
aku akan keluarkan ayat yang setiap kali akan keluar semasa nak start semester.
'sem ni aku nak stadi btol2 la'
YELAH TU.
angan-angan jenin betul.(sesuaikah dengan konteks ini?ehheheheheheh)
aku akan mulakan tahun akhirku dengan subjek2 yang memang killer nak mampos.
habisla.
tabahkan la diri wahai lily, ade setahun lagi ni.
tapi, nnt ko kua ko jadi ke engineer?
layakkah kau dikenali sebagai engineer?
apakah capability yang kau ade?
banyak gak la aku pikir mase sminggu aku dok LI kat sini.
haduish.baru seminggu kot.
WAAAAAAA.

'cuz god it just feels so good.'
ya, lagu paramore berkumandang di lappy aku ni
yes, it feels good,so damn GOOD pakai braces ni.
KESAKETAN.
tapi demi nak cantikkan gigi aku yang herot berot ni
terpaksalah.ahhaha
dah nk dekat 5 bulan aku pakai braces ni.bermacam2 kaler suda aku pilih
tapi saket die not bad la.
so far this the most painful.
sobs sobs.
menggedik.da 22 pon nak nanges cm budak.

aku ade lagi ni nak kongsi ngan korang.
tapi mase tak mengizinkan.
esok kene bgn awal,siap2 ke ofis.ECEY.

KITA BERJUMPA LAGI.






Monday, April 18, 2011

the beginning of the end,coming soon.

aku adalah pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka
tahun 3
ijazaha sarjana muda elektronik dalam komunikasi wayarles
itulah jurusan aku.
-skema doh ayat-
dah nak 3 tahun aku kat melaka ni
pejam celik pejam celik, aku dah nak habis dah study kat sini
dah nak final dah ni, tahun 3
lepas praktikal, dah tahun 4
dah stat buat projek sarjana muda = thesis la tu
uish, meremang bulu tengkok aku
lepas tu, dah abes, stat la aku keje kan?
aku tak dapat bayangkan la idup bukan sebagai student
mesti aku rindu tym2 nk gy kelas
tym2 besronok ngan kawan
tym2 bercintan cintun
tym2 stress sbb xdpt result bagus
tym2 best ble dpt result awesome
tym2 mase dpt kwn baru
tym2 mase ilang kwn
byklah
lepas abes,mcm mane kite sume ek?
ahaahaha,cm sdey plak aku post ni.
tp ape2 pon, sbenanye, aku nk ucapkan selamat bejaye kat sume orang dlm menghadapi final exam
tak kire anda dari universiti mane pun
semoga tidak beketaq2 semasa mnjwb soalan di dewan peperiksaan
mintak maap lah kepade sume
kalau aku ade buat salah silap
terguris hati ke kulit ke
moge2 berjaya dalam exam ni
and pastu, kepada yg nak praktikal, hepi praktikalling~!

good luck~! =)

Monday, March 28, 2011

jobless?fresh graduate?can't find the right job for you?READ THIS.mari dekat,mari dekat.

bagi anda-anda sume yang tengah cari keje
no matter whether you are a fresh graduate
a student
or still looking for the right job
ye,maybe da ramai tau pasal jobcentrak ni da lame
tapi kalau korang jenis malas nak keluar cari keje
or maybe takot nak keluar sebab kadar jenayah semakin meningkat ke
fobia dengan peragot
or malas nak go throygh klassifieds tu ke
or tak tau and tak sure job specification or ape yang sesuai dengan keje korang sumer
hey,teknologikan di hujung jari jemari anda?
jobcentral ni boleh tolong sebab kalau korang register
korang boleh state ape field bidang korang
and jobcentral tu akan tolong korang cari tempat yang sesuai
bagi yang students, daftar aje, and nnt korang as fresh graduate
jobcentral boleh menolong korang cari keje yang sesuai as fresh graduates.
so, ape tunggu lagi?
daftar ye kawan-kawan!
=D

Saturday, March 26, 2011

mohon untuk dibaca.BACA.

HAHA.
poyo je title post tu.


da lame tak blog ye kat sini.
dok asek kat tumblr, scrolling, reblogging, then like post.
seronok la tgk gamba lawa-lawa
tapi sekali sekala nak type2 jugak
nak praktis jugak.
so post kali ini?
aku tak tau la ade bace ke tak
kalau bace, sile teroskan bace, tapi berhati-hati kalau content ini tidak senang untuk anda2 kalian.
kalau tanak takpe, saya hanyalah manusia seperti anda, jadi siapelah saye ni untuk pakse2 anda bace. ;)
-sbenanye nk je korang bace.tehehhe-
da jarang da post-post ni
so,marilah kite ye?

pekara 1.Lady Gaga.

aku minat lagu-lagu lady gaga.
sgt minat
tapi lagu die byk maksud yang agak yg mendalam
ade yg cakap die ni illuminati
ade yg ckp die ni mengutuk2 kesucian agama kristian
aku rase ye, mmg btol
tapi still, if you don't take the lyrics seriously, then it means nothing
lepas tu, adelah artikel keluar dekat suratkabar tempatan kite ni
yg menyatakan Lady Gaga menyuruh peminat die yg xstuju crop lagu die tu
stand out and say something.
but sometimes, dear Lady Gaga, at certain community, atau masyarakat, maybe country,
we have BOUNDARIES.
we respect our community, for what it stands for, for how it has boundaries
sorry if we crop your song, but hey, we don't support gay and lesbian relationships, and transgandered people too.
walaupon da byk kan kat malaysia ni
even if ade mogok sbb nape crop lagu-lagu ni,secare tak langsung nnt ade jugak yang mmpertikaikan nape malaysia tak support gay and lesbian relationships
i'm sorry to say, walaupun aku tak religious mane, tapi negara ni negara Islam.
Lady Gaga senang la nk cakap
cakap ikot suke hati, and lagi2 die dr that free country kan.
cube kalau die lahir kat cni, dibesarkan dgn kebiasaan hidup kat cni
mesti die paham.
our country has boundaries
and i know, for those civilized people out there
respect their country's religion and its boundaries
Lady Gaga, you are a genius at music, but sometimes you got to use your common sense and respect others for what they are for.
it is fine you are born that way, but some people are born in different ways.
making sense there Lady Gaga?

pekara 2. Ikut mengikut, tiru meniru.biaselah tu.

korang penah tak
berkawan dengan orang yang suke mengikot korang
cm takleh kalah la.
kalau kau beli ni, org tu pon nak beli jugak.
kalau ko ade bende tu, org tu pon nak bende tu jugak.
kite pon same jugak kan.
nak jugak ade bende org len ade.
kelaka la kan, mcm budak2.
aku ngaku aku cmtu jugak, tapi taklah obvious sgt kan.
tp bile dah obvious sgt
kadang-kadang terasa annoying jugaklah.
ok,takpela.kau kaya,ade duit
tapi dah buat cmtu kadang-kadang cm rase annoying jugak la kan
hahaha
tapi memang pada naluri manusia itu
memang takde sifat nak kalah
sebab kalaulah manusia itu nak kalah je sepanjang masa
mcm mane nak maju?
haha, sile applykan ini di konteks yg lain
jgn lah nak keja sgt bende2 ni
-xdar dri ckp org, aku lbey korang ja ponnnnn-
ape org kate eh?
buy things that u need, not what u want.
aku tgh amek iktibar citer ni
so korang pon amek2 lah iktibar cite ni jugak
bukan kutuk org yg berlumbe2 ade bende yg canggih, mahal dan berjenama
tapi biarlah besederhana, asalkan bahagia
kalau melebih-lebih tak bahagia, pon takde guna kan?
renungkan lah ye.
teehee.


pekara 3. aku student.jadi biaselah stress tu.


tipulah kalau korang ckp korang tak penah stress dlm iduppppp.
pernahkan?kan?kan?kan??
kalau korang student
korang mesti rase stress dengan assgnment
dgn test
dgn project
dgn thesis
etc etc
pastu muke cm ketat je kalau org tanye
'ko ok tak der?'
make korg yg stress akan jwb
'ko nmpk aku ok ke bai?'
-apesal aku berbahasa begituuu?-
tu kalau org yg mcm aku la
yg telah mencampur adukkan perasaan stress
n xpasal-pasal org len kene tempias kan
opps.
tak bek cmtu, org tu tak bersalah pon
jgn la lepaskan kat org
lau lepaskan kat kucing ke
kat bantal ke
tiang ke, kasi patah kayu ke
tapi jgn amalkan vandalisma ye adik2?
atau pon, kalau kau kuat jiwa batin kau
maintain your composure.
ko pegi jerit kat atas bukit pon boley, tapi nnt orang cm pandang la kan
kalau korang tak malu, takpe, tapi aku malu
jadi atas bukit tu aku dok la sorg2 melayan perasaan.
huhuhuhuhuhu
mcm2 la nak ilangkan stress ni
cara aku?
bile aku pk cm byk je keje nak buat
pastu dalam otak aku cam bersepah-sepah la nak pikir kne buat tu la buat ni la
aku dok kejap
tarik nafaasss pjg2
hembos.....pastu aku ckp
'ok lilly, time to get things right, susun satu2 mane ko nk buat dlu'
make susun2 tak la serabot
and things can be don accordingly lah.
-tapi jarang la nak amalkan mcm tu sbb aku nk rase rush jd student yg tension-
and aku ni mmg mls la nk studykan utk test2 n midterm ni
study stay up last minute tu pekara biase la kan
tapi mak aku penah cakap,
'adik, jgn study last minit,susah nnt'
ops mama.tak dengar nasihat.
ngehehehe.
kalau anda pelajar yang cemerlang, anda memang akan amalkan study awal2.
anda akan study smart.
tapi lagi skali aku nyatakan
aku nk rase the rush of being a tension student
dengan kawan-kawan pon best jugak.
same2 tension.pastu luahkan ramai-ramai.
bile luahkan die akan meleret-leret, pastu korang bersembang
lame2 korg da lupe stress.
ye tak?
=)


jadi itulah post aku untuk hari ni.
bile nta nk post lagi.
keep reading.
n comment la.
jarang nak dapat orang komen2 ni. 
and memohon jasa baik cik/encik/tuan/puan/dato/datin
untuk klik link di bawah
seronok tau~!
=)


join us, and it will give you GREAT benefits and offers!join us and you will not regret it!









Wednesday, March 9, 2011

menipu,ditipu dan tertipu?

apekah perasaan kita kalau ditipu?
peritkan?
lagi-lagi kalau org yang menipu kita ialah orang yang lebih tua dari kite.
mcm elderly la kan, org tua.
aku memang dgn orang tua aku hormat
mak bapak aku pon aku hormat
tipu-menipu tu ade la, teehee.
what?i'm not perfect.
tapi, kalau lah orang yang lebih tua ini
nak kite hormat kat die
tapi die pulak yang menipu kite
apedehal?
macam mana kite nak hormat die?
kalau aku, aku boleh tahan lagi la
aku bukan jenis yang menengking,membangkang kata-kata orang tua
tapi dalam hati aku memang la aku marah
tapi, sebabkan aku fikirkan die orang tua, maka aku bersabar.
tapi, kalau dah tahap kronik, dah abis tipu, dipijaknya kepala orang muda ni
itu tidak boleh.
sebab aku pon manusia, aku ade hak, tak kira tua or muda
bezanye hanyelah aku muda, kau tua, aku perlulah ade rase hormat sikit kat kau yang dah rase asam garam perit hidup ni
tapi, kalau macam ni lah kau nak tipu kite or in my case, kitorang
aku rase aku ade hak untup bercakap benar, jujur tegas dan amanah. -cam polis lak-
iye, begitulah citernye
my mama taught me to respect the elders, as they are wiser
tapi kalau the wiseness used to pijak-pijak kepala orang muda
macam mana la nak bentuk jiwa orang-orang muda?
kalau itulah yang ditunjuk kat kite, camnilah bangsa kita, putar belit cakap.
inilah luahan hati anak muda macam aku, yang agak susah nak cakap, tapi maybe through blog, i might say something.
aku tak bermaksud nak herdik,maki orang-orang tua
tapi aku hormat dengan orang tua.
time kasih.
sile paham.
=)

Monday, March 7, 2011

tidur yang begitu panjang, sedar-sedar dah mac.

selamat pagi!
ye, memang pagi!
9.54am niii
dgn ajaibnye aku bgn awal,sebab smalam aku tido awal
maka aku da tido lebih 12 jam
dan aku rase kalau aku tido lagi ni
aku boleh mati la
tido tanak bangun2
ehhehe
aku rase sgt letih sbenanye 2-3 hari ni
aku tatau nape, tapi lau jumpe bantal je mmg tros mlayang ke alam mimpi.
banyak lah terjadi sepanjang aku tak buh ape2 entry kat sini kan.
tumblr pon aku da jarang bukak.
uhuhu.bajet busy lah kununnnnnnnnnn.

PERTAMA.
akhirnye sudah ditukar lah itu dawai2 braces.
dah jumpe dentist pon smalam.
sakit~sebab dawai ni teballll
n mase pasang tu pon sakettt...
nak nanges rasenye akuuu
takpela.demi nak cantikkan gigi.
huhuhuhu.
kali ni sume warne purples.
nice tau uolsss~

KEDUA.
selalunye kalau aku balik umah,
aku amek bas kat kajang, or bukit jalil
so, for the 1st time semalam
aku menaiki bas dekat TERMINAL BERSEPADU SELATAN-BANDAR TASIK SELATAN
huhu.
dalam kul 12 cmtu, aku nek ktm dr Serdang,smpai skejap je kt Bandar Tasik Selatan tu
jalan sikit, sampai la TBS tu
cam airport la
sojuk ade gak la
nak tgk bas aku berlepas kat gate mane pon susah
sebab laju sangat and banyak sangat list bas-bas
make aku dok terpacak kat depan tmpt departure bas punye chart tu,hamende nta org panggil bende tu
3 kali nak make sure i got the right gate
huhuhu
jadi aku pon pergi la kat gate yang sepatotnye, pintu perlepasan 17/c4
aku sampai dlm 12.45 kot cmtu
aku igt nk masuk n tunggu awal la kan
tapi akak tu ckp dtg balik 1.30
okey~ade la mase aku nak jalan2 kat BTS tu
naik la kat tmpt makan-makan die
ade kenny roger's,wendy's
and coming soon, starbucks,hailam kopitiam..
ade subway tak~?ngehehehehe
ade jugak tempat2 shopping yang coming soon
so kat TBS ni bley gak la nak shopping2.
sronok!
dekat dan best.hehe.
senang aku nk nek bas kan.
turun pon senang kat sni,tros nek ktm,so nak ne bas yg turun kat BTS jugak la.
ley lepak2.heehheheh

so,itu ajelah kot?
aku tengah sakit gigi ni sebenanye
nak gi makan,n makan painkiller.
tak tahannn
aku rase cm bengkak je muke aku ni
huhuhuhuhu
so,adios amigos kopitatos~

Friday, February 11, 2011

start me up!

dengan merujuk kepada tajuk di atas, aku sedang mendengar lagu rolling stones.
huhuhu.
memang ade relevant dgn post aku ni
start me up.
i need me to start me up to start studying.
i need me to start me up to start to do my assignment.
i need me to start me up to be KURUS.
banyak nih.


1. i need me to start me up studying.

biasalah, aku, and any typical malaysian university students, and typical meaning that they are average and do not do their studying after class.in other words, i'm a last minute-study person/student.kenapa?sebab mengikut takwim yang ditetapkan oleh para lecturer terchenta di Universiti Teknikal Malaysia Melaka ini, pada minggu ke-8,akan ada test berbijan-bijan/bertimbun-timbun yang akan menimpa diriku dan rakan-rakan seperjuangku or my peeps y'all.mid term sudah makin hampir, dan aku tak selak2 lagi buku2 ni.subjek bukan main lagi eh.ELECTROMAGNETICS,RF DESIGN AN MICROWAVE ENGINEERING,DIGITAL COMMUNICATION, ENTREPRENEURSHIP, dan TEKNOLOGI ELEKTRIK.wargh.killer sume ini.kredit 3.sume kire-kire, and menggunakan otak yang agak puseng2 ini, aku akan puseng2 tgk formulas and  persamaans yang begitu banyaknya tidak terperi.lagi2 mase kelas aku hanye tumpukan 48.73% kepada lecturer yg sedang membebel di hadapan.manela tak cgpa aku tak teruk.haiyoh.tapi syukur 2 sem berturut-turut dpt more than 3, tapi nak make my way to the dean's list y'all.itu mesti,at least sebelum grad nnt, ade la satu sem tu aku ade la tergolong dengan mereka yang berada dalam dean's list.aku boleh je dapat dean's list tu every sem, (BERLAGAK WEYH MINAH NI,SEKEH NAK?tehee~)tapi bak kate mak aku, aku pandai, tapi malas je terlampau.biaselah,buku pelajaran kurang interesting sikit aku nak selak2 ni.tak macam komik,boleh la berbelas-beratus-beribu mukasurat aku boleh selak.kan seronok kalau semua bende kite blaja dalam bentuk komik.buku sejarah form 5 tu best kot kalau jadi komik.gerenti A1 aku punye sejarah.hahak.tapi nak buh formulas ngan persamaans itu macamane yek?hurm.renung-renungkan dan selamat termenung~

2.  i need me to start me up doing my assignment.

da lebih sebulan setengah aku stat semester ke-6 aku ni, dah ade la beberapa assignment yang patut dibuat.rf,emt ngan teknousahawan.digital ngan teknologi elektrik bolom lagi.patutnye,skang da at least separuh atau suku da buat kan, tapi satu habuk pon aku tak buat.sentuh pon tidak.muahahah.dasar pemalas punye budak.buat post sepanjang2 karangan ni boleh pulak.-mengherdik diri sendiri-takpelah.petang ni aku nak pegi inteview owner kedai dobi tu,nak korek2 rahsia membasoh baju,karpet,toto,dan lain-lain.manelah tau la kan aku nak bukak kedai dobi kan.-nak bukak keee...tangan ke dada,mata ke atas-tapi apa-apa pun, aku nak tidos,sebab bantal aku dah menggoda-goda aku,dengan aksi seksinya di atas tilam tanpa berbuat apa-apa, aku tak tau mcm mane aku boleh tergoda tahap gaban nak tido ni.

3. i need me to start me up to be KURUS.

aku tak tau nape.aku nak turun 5kgs aje.nta mengape,saje aje.hahaha.buang tebiat.da alang-alang kai braces ni,aku nk turunkan ckit la berat badan aku ni.da braces/pendakap gigi ni mendorong aku untok susah nak makan, (memang penderitaan lah pakai braces ni.) so, ape salahnye la kan?2 tahun ni kalau aku tak kurus-kurus jugak, aku tak tau la nak cakap ape ye.takpe takpe.demi nak cantikkan gigi aku.kawin kang leh la aku senyom lebar2 ngan gigi aku yang lawa itu.tapi grad nnt ade lagi la besi itu.takpolah.saba ye lily.






maka itu sahaja lah untuk hari ini.
aku nak buh gamba td.
tp lambat sgt.
aku nak tdo pon terbantot ni.
okeh.slamat berbaca.



Yang benar,
Nor Lilliani bt Che Johari.



Monday, January 31, 2011

hapi cainis niu yer holidais.

motif post?
aku busan, and skarang aku berada di umah ku
di bandar mahkota cheras
tapi nak shopping nnt kemudian
wedding kazen ku 5hb ni

ape2 pon.

dah lame aku x post ape2 kt blog ini.
nak ckp busy, takla busy sgt
maybe sbb sebok dgn cityville aku?
tibe2 kemaruk men game kat fesbuk balik
the moment i get bored with facebook
it gets me captivated with its games
so ade je la alasan nak bukak facebook ni lagi
banyak la berlaku sepanjang aku tak post ape2 kat blog ni
first and foremost, aku dah kai braces
menyeksakan
tapi dah seminggu berlalu
maken ok la
dah biase
cume aku kene rajen memberus gigi
macam menyental ade la
sbb gigiku sensitif
huhuhu
akibat pakai braces ini, aku pelat s.
WAAAAAAAAAAAAAA
berani korang mengejek2 akuu
-sad mode-
tapi xpe.2 tahun je.
lagipon pelat s kan comel.
-aish.mengade btol-

nyet da beranak.
sape nyet?
kucing housemate aku.
beranak kua 3 ekor.
sekor da mati
tapi tinggal 2 ekor.
aku amek sekor.
-kor kor kor-

ini lah bubu rexi ku.


ni plak dgn sedare die,tam.
taktau nk pggl ape aku pggl tam.
hahah. 
tapi kaki die kelabu jugak.


ni plak nyet.
die dok usha2 guinea pig yg ade di umahku buat sementare waktu
bukan main lagi die tenong si ciki tu
siap capai2 lagi.mentang2 bende alah tu tikos
ko tenong cm nak geget je bende tu kan, nyet?


memang baru2 ni umah aku penoh dgn binatang2
ley la jadi zoo kot agaknye
hehehe.

ape2 pon.
takat ni je aku ley type
nnt ape2 aku cite la
byk nk diluahkan ni

selamat tahun baru cina
maaf zahir batin.
eh.
ahahahaha

Friday, January 21, 2011

the magic that your smile can do.

1. it makes me like i'm flying.


2. it makes me feel that i can go through the day.


3. makes me want to kiss you.


4. when you smile at me, it makes me feel that i'm the only girl that you smile to.


5. other girls can envy me because you smile only at me.


6. reason no 5?because you smile differently to me.


7.when you smile, you're happy,and when you're happy, i'm happier.


8.i have a reason to look at you.because i love your smile.


9.makes me giddy inside.


10.just another reason to make me fall deeper for you.

ads.ads.ads.clicky click!

Labels