Wednesday, June 15, 2011

wrestling atau kursus kahwin.kau kena pilih kalau tak kau mati.

memang sesak la nak keluar dari rumah aku pagi-pagi buta.mak aku yang drive la tapikan,tapi kalau aku bawak kete (makluman:saya takde lesen.so ini hanya imaginasi saje.) aku rase aku dah sumpah seranah la kat traffic light tu. sampai laporan trafik kat radio tu pon cakap 'kesesakan luar biasa di bandar Sg Long.' memang SANGAT LUAR BIASA kununye la trafik lait kat situ kene hack la dgn kumpulan ape tu yg kunun2 nak hack portal malaysia tu?ape tu?anonamos?LUAR BIASE BETUL. -________-

setelah terlepas jam luar biasa tu dkt sg long, aku pon (bukan aku,aku dan mak aku) stuck plak dkt sg ramal, jam bukan men panjaaaaaaaaaaaaang.demi nak menghiburkan hati,aku mengalihkan perhatian aku kepada radio sebelum aku mencarut,menyumpah seranah depan mak aku (mencarut dgn sopan ye,ihiks.)aku dgr la problem statement si ABG ENCEM ni yang cakap dia berbelah bahagi nak pegi kursus kawin or nak tgk wrestling dimana kedua-duanya sume hari Sabtu ini.ni mcm antare pilihan yg kadang2 tak logik jugak la kan,tapi dua2 ade pros and contras die.

tapi cam agak bangang la pilihan dia di situ.

so,mari kita lihat pros and contras bagi dua-dua pilihan.

macam nak jawab soklan final exam je.

abg encem ni cakap,dia minat gile wrestling,minat triple H la,stone cold la,big show la (aku pakai buh je,ni zaman lama punye wrestler).tapi alamak,time nak gi tgk wrestling tu, kene pegi kusus kawin la plakkk.tensyen plak abg encem kite ni.haha.mangkok ayon btol la abg encem ni.mangkok yang kat dapo aku tu pon tak agak berayon mcm kau abg encem. abg encem ni pon, kalau nak resah sbb kene pilih antara satu, xde ke bnde len yg ko nk resahkan?passion gile kat wrestling tu ye.aku rasa kalau abg encem ni dpt tiket free gy tgk wrestling kat US tu, ade gak la kenduri kesyukuran dia buat 7 hari 7 malam.jemput satu kampung.event tiap malam,tgk wrestling.dan orang-orang kampung abg encem pon mngirim lah nak saaiinn wrestler2 terkemuka yang hanya pakai spendo yg menjerut usus.seronok kanak-kanak kampung menjulang name abg encem ni sbb dpt gy tgk wrestling foc.

tapikan la abg encem, kursus kawin tu bila-bila mase ade.every weeeeeeeek ade.byk lah mase lain kau nak pegi kusususus kawin ni.lain lah sbb kau dah nak kawin dlm 2 minggu lagi ke, dan kau terpaksa la pegi kusus2 kawin ni last2 minit.kau mmg last2 minit la kawin.bawak2 la berbincang dgn akak cun (abg encem pnye gerpren).ckp la manis2 dgn die, "ayang cun,ayang cun,kite tangguh kusus kawin kte tu,kte gy tgk wrestling kt kl nak x ayang cun?nanti kanda encem mtk sain kat baju tshirt, bg ayang cun pakai,nmpk lagi cun melecun."cume pastikan la ayat abg encem tu cukup manis utk mengelakkan risiko kene wrestling dgn akak cun.

kepada abg encem,semoga berjaya memujuk akak cun.dan semoga bahagia nnt lps kawen smpai ke anak cucu citcit.selamat berwrestling pada malam pertama.IHIKS.


2 comments:

  1. aku pakai ahaks..ko pkai ihiks..cukup unik di situ..hahahaha

    ReplyDelete
  2. ihiks gelak gedik manje2 gitew....mencik!mencik!

    ReplyDelete

ads.ads.ads.clicky click!