Wednesday, March 6, 2013

Attempt blog dari talipon pintaq.

Gua saje je nk try nk post blog dari talipon deroid. So ape perasaannye? Iols prefer bloghing lappy lah. Sbb typing kt cik droid ni nnt byk je typo nyehhh

Anyways. Kita ada rambut baru. Seperti kanak2 ribena.meh.

Tuesday, February 26, 2013

suka duka awal tahun 2013.

pemalas tegar sebenarnye aku nak blog.
inilah post pertama 2013.
dan dah nak masuk march.
MAC.bulan 3.
2013.
meh.

anyways, aku dah start second semester sebagai student master electronic engineering, majoring in telecommincation system. adekah aku pernah bagitau sebelum ni?malas benau nak cek post2 yg lepas. muehehe. setelah berjaya nyawa-nyawa ikan melepasi semester satu, akhirnya aku menjejaki kaki ku yg tomels ini ke UTeM kembali.

tapi selama 2 bulan pertama 2013 ini, banyak yang berlaku.

ada duka,ada suka. hidup, biasalah.


semasa aku menempuhi onak ranjau berduri -lantaklah ayat bm aku camane pon- peperiksaan akhir masterku semester 1, family aku menerima satu tambahan yang selama 10 tahun menunggu-nunggu, akhirnya, kakak aku dikurniakan seorang baby boy yang sangat amat comel. boleh la dikatakan sebagai jewel, permata, intan, berlian, etc etc dlm family aku tu. parents aku sgt excited, 4 hari slps lahirnya Adam Gabriel bin Fadhlullah ke dunia, terus buat kenduri kesyukuran dan aqiqah. aku pun sgt excited. akhirnya jadi mak su. ecey. Adam, call me cik lilly, or aunty lilly. no bibik2 haaa..Bibik?haa...oleh kerana keluarga aku separuh Jawa, jadi mak sedara yang lagi muda dari mamanya dipanggil bibik.kalau lg tua dipanggil Wak. bukan bibik yang lambung2 tebar baby mcm roti canai tu ye.itu mental. mula2 memanglah aku takut nak pegang Adam, sbb dia baru lahirkan, dan aku ni terkenal dgn keganasan aku, jadi aku tunggu dlm seminggu jugaklah nak angkat. mueheh. bila dah angkat, tanak lepas. :3 and aku suka bau baby. wangiiiin~ jadi rumah dkt cheras tu, dihiasi dgn bunyi-bunyian baby yg comel dan banyak ragam. riuh rendah rumah yang selama ni sepi.

presenting, Adam Gabriel bin Fadlullah.ngwee :3



tapi manelah tau, didalam suka itu, secara tiba-tiba, adanya duka.

tanggal 18 Januari, 2013, ayahku diserang sakit jantung.

sesuatu yang aku mmg tak expect akan berlaku. well actually, aku mmg ada jangka akan berlaku, tapi, sebab abah tak pernah nak show tanda2 sakit, and simply kalau abah sakit, terus makan ubat and rest. so malam khamis 17 Januari, abah aku kelihatan seperti biasa, pergi balik surau, buat kerja. at 1 am in the morning, aku terdengar pergerakan abah and mama yang seperti cemas, and nak cepat.

aku dan kakak dah pelik.kenapa?

aku tgk abah turun tangga dlm keadaan lemah, mcm terhuyung hayang sikit. jadi aku suruh abah becareful. lps tu mama turun dgn cepatnya, dan disuruhnya aku papah abah ke kereta. sebaik start kereta, mama terus pecut ke KPJ Kajang. mama cakap itu je tempat dia tahu, dalam keadaan macam  tu. mama memang tahu simptom sakit jantung. chest pain yang melampau, and peluh sejuk. so, aku standby.tido dlm 2 jam, lps tu mimi (kak ngah den) call, cakap abah kena transfer to KPJ Ampang Puteri, the 3 blood vessels to abah's heart is totally blocked. so, abah have to go for an emergency bypass heart surgery in the morning. Jantung aku yang memang terberhenti masa tu. Ya Allah, mama mmg cukup pantas. mama is the hero. tabik spring saya dkt mama. jadi, pagi itu, bermulalah hari yang panjang di ICU untuk mama.

lps tahu abah have to undergo a surgery, kakak, abg Lah (abg ipar den) and me, and Adam, pergilah ke hospital, nak tgk abah sebelum masuk operation theater.abah cakap, abah paling ingat Adam je, sbb abah dah dibiuskan sudah. tapi truthfully, sebak hati memandang, risau, takut. tak sah la kalau aku tak menangis. lagi2 org touchy feely mcm aku ni. masuk around 7am, keluar dr OT ke CCU dlm 12pm.Alhamdulillah, semua selamat. tapi the first time aku tgk abah, sayu and sebak, tgk byk sgt wires and tubes in him, with the life support. sgt lemah. mampu berdoa je supaya abah okay. berapa kali aku tgk abah masa tu, masa tu lah aku nangis. mmg tak tahan. but then in the afternoon, ada complications sikit, tapi Alhamdulillah jugak, dpt diatasi.

sekarang, dah sebulan lebih ayah aku dah lepas operation, and he is getting better, day by day.
Alhamdulillah. :)
 cumanyeeeeeee...

abah is moving too fast. -__-; 

supposedly, paling tidak pun, tggulah 2 bulan at least abahku sayang nak bawak kereta, tapi dahhhhh dibawakkknyee kesana kesinin. maybe dia busan la.tp abahku syg, isterimu, anak2 mu risaukan abah. we love you, and we are deeeeeeeeeeeeeeeeply concerned for your well-being abah.

soo...begitulah ceritanya. jadi cutiku, aku habiskan masa dirumah menjalani training sebagai surirumah, main2 dgn baby Adam, and do the house chores. sedikit sedikit meringankan beban mama. i know i dont do much, but i tried my best. dan akhirnya, aku kembali ke Melaka untuk mendaftarkan diri untuk semester kedua pada 15hb Februari. so basically, that sums up everything. awal tahun 2013 bermula dgn suka dan duka, but everything will eventually be alright. takkanlah sampai bila kita nak berduka lara. live goes on, and time is leaving us behind.

semoga semester kedua ini dapat kutempuhi dgn cemerlang gemilang, dan akhiri master ini dgn happynya tahun ini, InsyaAllah. 

sekian, mohon tunggu post saya yang seterusnya :)

ontah bilo la tu yo. muehehe.













Thursday, October 11, 2012

HALAL FEST 11th - 14th OCTOBER.

Harlowwww!

Marilah kite reramai mengunjungi HALAL-FEST dkt PWTC nun. moh moh kite!

alang-alang itu, saya nak memperkenalkan product baru di pasaran.

Product launching akan diadakan di Halal Fiesta di PWTC bermula 10hb - 14hb Okt 2012.

Silalah sudi melawat kami di Booth No 3100 di Hall 3 di PWTC dari pukul 10am - 9pm. 

Produk2 ini available dkt PWTC, so mari mari, kita cuba!





Ingin tahu lebih lanjut tentang product, boleh call di 010-2555200.

Sunday, October 7, 2012

pembelajaran berterusan.sehingga ke nafas terakhir.

post aku setelah sekian lama.
kepada yang tak tahu, aku dah habis degree.
sekarang bersambung master.
tapi diantara jangka masa sebelum aku nak sambung master, banyak lah berlaku.
sampai ke master sehingga hari ini.

alhamdulliah, aku dpt habiskan degree aku dlm masa 4 tahun.
walaupun kecundang masa first semester, walaupun cgpa aku tak memberangsangkan, nasib baik lepas untuk sambung master.
aku sebenarnye dilemma nak sambung master or nak kerja mase habis degree.
dilemma sangat.
jadi aku pon decide, lepas abis kak ngah aku kawen, aku try lah cari keje.
dapat la beberapa interview, tp kat bank.
seriously, sbb aku takut aku tak dapat kerja engineering.
yelah, 4 tahun electronic aku belajar, rase sayang pulak nak ke bidang lain.
tapi, i just open my options. begitulah kate diri aku.
lepas tu, offer letter sambung master sampai, seminggu sebelum daftar masuk.
ayah aku sangat excited aku dapat offer tu. 
dah dilemma balik.
sbb memang aku ade plan nak sambung master.
tapi mba, bukan engineering. 
dah disebabkan ayah aku cakap, 'takpe, abah sponsor.', aku nak buat macam mane lagi.
abah cakap, selagi boleh, abah bagi lah duit.
sangat2 berterima kasih dgn abah.
bila aku pikir2 balik, takpelah, tahan je lah setahun.
bertungkus lumus sikit.
dgn pointer degree aku, sumpah aku tak yakin aku dpt keje.
tapi kalau master, aku yakin aku boleh dapat.
jadi, dlm mase 2 hari tu, aku fikir2 dalam. fikir masak2.
dlm masa setahun ni, aku kena rajin, kena bertungkus lumus.
aku tak mau sia-siakan peluang yang ada ni.
maka, aku sambung.
biarlah orang cakap.
'kau tak letih ke study?'
aku seriously cakap jadi student ni memang letih.nak study.
ade mase kite merungut. membebel tu lah, ni lah.
berbagai-bagai.
tapi bila menimba ilmu, bila kita membuka mata, minda dan akal kepada pekara yang baru, kita akan rasa sangat seronok.betul aku cakap. ibarat macam dapat solve soalan add math yang susah gile dgn jayanye lah perasaan dia.
kalau seseorang tengok pembelajaran itu sebagai satu pekara yang membebankan, memanglah dia akan terasa terbeban sangat selama tu.
sebab dah diri sendiri cakap, 'aku tak suka belajar!'
tapi, pada hakikatnya, setiap hari melibatkan proses pembelajaran. semua orang mengalaminya.
selain dari pegi sekolah, pegi kelas semuanya, persekitaran kita penuh dgn benda baru.
benda baru yang kita tak penah lagi explore.
contoh yang simple: dekat melaka ni banyak lagi tempat makan kita tak penah explore.
walaupun aku dah nak hampir 6 tahun dkt melaka ni, ade jugak tempat yang aku tak penah pergi.
sbb aku tak explore lagi.
so, same thing with school. 
walaupun 4 tahun aku belajar electronic, aku rasa belum cukup lagi apa yang aku belajar.

and pantang bagi aku, orang cakap study engineering ni tak ade life.
apakah?
bagi aku, bukanlah begitu. life. define your life in your own words.
dan definisi itu bergantung kepada setiap individu.
sebab setiap individu itu berlainan.
kalau ade yang sama, itu pon sikit.
jadi don't judge a person for what they are.
they have their own ways of life.
and they know how to get there with their own feet.

post ni sebagai reminder kepada aku.
sebab aku percaya, belajar tu bagus.
bagaikan sebuah asset dalam hidup ni.
bagus tak bagus, itu lain cerita.
because everybody has something that they are good at.

dan selamat konvokesyen kepada kawan-kawan.
kita jumpa lagi.
=)



Wednesday, May 9, 2012

stress.stress.but ALL IZ WELL.

hidup ni kalau tak stress, mmg xnormal.
hidup anda x stress?anda abnormal.
mana ada orang yang happy senantiasa.
oh,wait. ada.dekat tampoi tu. *badumtssss~

tapi aku teringatlah quote citer 3 idiots.
ALL IZ WELL.all is well.

baru-baru ni stress melanda aku.
biasa la.final year project.
bagi tahap degree,aku rasa projek aku quite ok.not simple,not hard.
just play around with simulation.research,research.
kalau x dpt result yang diingini,mmg hangen la.
skali tak dapat, hangen.
kalau berkali-kali tak dapat?berhangen kencang lah namenye.
mmg letih la otak aku.

lps letih otak,aku kena urus dinner kelas.
dari kampus,tros ke hotel.
seronok tgk hotel tu.lawa.bayangkan dinner,lepak2 tepi swimming pool.
best~rancangan jahat ku nak menolak seseorang ke dalam swimming pool sudah terniat di hati.muehehe
tapi apekan daya,badan letey~
tp go on je la uroskan dgn pihak hotel.

pulang ke rumah,tingkat 4.
memang aku mengiang2 nak bareng kt encik telam.
tapi terjadi misunderstanding dgn tersayang.
-but we worked it out.thanks my syg-

the next day,teruskan lagi buat fyp project.
maken berhangennn.
and then tmbh mase tu tgh misunderstanding ngan tersayang.
pegi kelas,fenin2 lalat.blakang saket.
kalau aku stress je,my spine n back hurts.
then kena explain kat kelas pasal dinner.

wahh..aku dah lame x stress mcm ni.
sbb mcm byk sgt benda berlaku dalam jangka masa yang pendek.
and my mind,body and soul was not ready for it.
maklumlah.semester ni asek berlenggang je keje.

so balik rumah aku rase mcm diri aku bingung.
bareng.aku fikir byk sgt bende.
assignment.
testS.
inotek.
PSM presentation.
thesis.

by end of May, evrything must be ready. 
and enter June, I'm left with only finals and dinner to handle.
lepas tu, the end.

bila fikir balik, mmg lah stress nak harungi semua ni.aku hampir2 cakap 'aku dah malas nak hadap ni semua'. tapi kalau aku ckp cmtu, nnt aku dapat ape?mempersia-siakan selama ni 4 tahun aku study engineering?lps tu tak nak hadap final year project?baguslah sgt.penat ayah aku cari duit nak bayar yuran aku study.jadi aku harus tabah.nanti lepas grad,dapat kerja,dapat duit,boleh la simpan,or bejoli joli.susah-susah dulu,senang-senang kemudian.tu pon aku sgt berterima kasih kepada parents aku, sbb aku tak amek ptptn.

it took me a good sleep to sort everything out.

aku pernah la stress mcm ni dulu.biasalah.muda-muda remaja masa sekolah.banyak complicated feelings kan katenye.when people expect you to be the best,there is a pressure on you.secara tak langsung.after pmr, aku seriously dah malas nak study betul-betul sbb orang expect aku to perform masa spm.seriously aku mmg bodoh sbb tak study.tu yang masuk matrik pun terpinga-pinga.lepas tu, first semester kat utem, memang aku hampir hampir tersungkur.mase tu lah aku sedar,nak tak nak aku kena study jugak.sekurang-kurangnya degree.

tapi aku dah cukup berterima kasih sbb aku dapat masuk universiti.stress memang lah ada.biasala tu.tapi kadang-kadang stress tu sgt overwhelming,it takes time to be over it.ade yang merengek,ade yang membebel,ade yang sembahyang nak tenangkan hati,macam2 lah cara nak express kan kite ni stress.tapi it's much better dari stress sesangat sampai nak terjun bangunan and bunuh diri semua tu.

so this post is actually to remind me that jangan la fikir banyak sgt.a reminder that in the end, all is well. in the end, we all can be happy. and betul la ikot lagu kelly clarkson, what doesn't kill you makes you stronger. hati kena tabah.minda kena tabah.badan pun kena tabah.kalau tak,stress sikit je pening,sakit blakang.

a stress experience to all.

and dearest low noise amplifier, please be good to me.

Monday, April 9, 2012

politics and hunger games.SETELAH SEKIAN LAMA

pergh.
sumpah dah lame tak blog.
nak setahun lebih aku tak bukak blog ni.

*tiup2 habuk*

banyak dah terjadi sepanjang aku tak berblog ni.
aku dah jadi final year student.
aku dah pindah umah sewa baru.
aku dah tengok hunger games. (ape kaitan)
aku dah habis trilogy hunger games. (YELA.APE KAITAN)
kesimpulannye, banyak lah yang terjadi nak akhir2 belajar ni.



hunger games.

aku dah habis bace dah pun buku-buku dia and memang sumpah best.
hunger games ni ibarat pengganti harry potter la bagi aku.
tapi ade 3 buku je. -__-
entah nape aku discover buku ni lambat, maybe sbb aku tak bace sgt novel2 ni.
so tahun lepas, bila nampak trailer hunger games, aku pon jadi interested la kan.
jejak la popular, dengan menggunakan baucar buku yang diberi oleh pihak kerajaan Malaysia (terima kasih bebanyak) aku beli la satu set trilogy hunger games. 
people should read the hunger games.
kunun la set in the future, dah xde democracy la kan..so it's about rebellion, revolution, and the dugaan yang dak pompuan tu kene lalui.
kalau dah tengok movie dia, bagi aku, mase memula tu lembap ckit tp mase dlm arena tu,mmg aku bg 5 stars la.terbaik.
but everything ok la.
bagi aku,i'm satisfied with the movie.
4 stars.

poyo rase jadi pengkritik movie bagi bebintang ni. -__-

then today my lecturer post something in facebook.
tergerak la hati nak baca kan, sbb kait ngan students kan.
click below for more info


kalau korang malas bace, the point of that article article are these: 
  • Section 15 of the principal UUCA will be amended to include “activities of students’ society, organisation, body or group” which allow students to become members of “any society, organisation, body or group of persons, whether in or outside Malaysia, including any political party.
  • Section 15(2), that the student shall not “become a member of any unlawful society, organisation, body or group of persons, whether in or outside Malaysia
  • The section also prohibits students from participating in any election or hold posts in “any society, organisation, body or group of students in the campus if the student holds any post in a political party”.
  • They are also prohibited from participating in any political party activities within the campus.



amekau.kalerful.
so, i think it is good.
allowing students to be active in any organisation, and political party jugak.
because youngsters like me usually doesn't care about what is happening with our country, politics especially.
there are already students that are already active in politics, and i salute them for mengambil berat perihal politik negara.
semua orang ade pendirian sendiri, and they have the right to choose parties or individuals that share the same interest.
so, exposure is good.
student can be active in political party.
memang lah kite sebagai student tak boleh nak masuk bertanding dlm pilihan raya kan.
muda sangat, tak cukup asam garam lagi kita nak berpolitik ni.
jiwa muda ni slalunye dia nak apa yang dia nak saje, so basically propaganda kau is actually what you or your group want, without thinking the consequences of others. or maybe something else.
tapi, ade jugak segilintir pelajar ni, muda2 dah jadi politic extremist.
so hopefully dgn principal2 yang ade lps ni, takde la yang jadi macam dedulu.
if we want our rights, kena lah fight for it secara sihat.
kita berhak fight for our rights, but fighting for it doesn't mean that it has to involve violence and breaking the laws.
so i guess it's a good thing, but also might not be a good thing, depending on the individuals or group of people.
there is pros and cons in everything right?
student boleh masuk in any activities, organizations, as long as x aibkan nama institusi/universiti kita.
walaupun universiti kita tak sebagus yang lain.

in the end, semua orang ade pedirian masing-masing.
jangan kerajaan kita jadi macam kerajaan dalam cite Hunger Games sudah.
-____-







yang benar,
Nor Lilliani Che Johari



Wednesday, August 10, 2011

MY TIPS:GOING TO BAZAAR RAMADHAN

kita sebagai rakyat malaysia
kalau datangnye bulan ramadhan yang mulia ni
memang sinonimos dgn tak lain tak bukan
BAZAAR RAMADHAN.
tapi tahun ni aku cukup sedih la kan sbb aku dok umah je
mama masak
cukup la tu kan.makan banyak jugakk~tehehe
so, disini, aku nak share la tips tops pegi bazaar ramadhan.
ley jugak nak kongsi ramai2.kalau sudi. =)

1. PARKING SANA SINI.
situasi ini sangatlah biasa kalau kita pergi bazar, tak kire lah kat mane2.dan jangan la korang tipu kat aku kan bulan2 puase ni, mesti dalam otak korang penah pikir kan,'AKU NAK PARKING YANG PALING DEKAT DENGAN BAZAR'.kan kan kann?ade la penah aku nmpk seorang manusia ni yang sanggup tunggu kereta lain nak keluar sebab nak parking dekat n betul2 kat tepi startnye gerai2 bazar tu kan.kepada manusia itu,terima kasihlah kerana menguji kesabarang orang-orang di belakang anda.anda secara tidak langsung mengakibatkan kesesakan lalu lintas.apala salahnya kalau kita parking jauh sikit,dapat exercise time puasa sikit,letih tu sekejap je.nanti kau nampak makanan tak ingat dah letih kau tu.sebab aku pun camtu.teehee

2.DECIDE WHAT YOU WANT TO BUY
this applies on everyone and me myself and i.rutin aku kalau aku kat bazar, aku jalan sampai hujung, usha2 makanan dan abg hensem,eh,tak,salah.hehe.usha la makanan ape yg ade.and eating ethics kena la ikot so dapat la elak nafsu yang membuak-buak itu.kalau makan, kita mesti start dengan appetizers, main course and finally dessert kan?so, utk org malaysia kalau time nak buka puasa, appetizers mesti la kueh2 ke, taufufa ke, main course tu nasi arab ke,nasi beriyani ke, dessert tu maybe buah2.tapi ade jugak yang aku nampak appetizer nasi, main course pun nasi, dessert pon nasi.OKAAAYYY.boyot prot akak~tp time bazar memang la fiesta makanan, nafsu maseng2 banyak lah keinginan nak makan tu la,makan ni la.apedehal, puasa kan sebulan.hari2 makan la menu laen2.apa susah?ni skali satu hari kalau boleh satu bazar tu kau nak angkut balik.yes,terbaekkkk.

3.DUIT READY DEKAT TANGAN
yes,ini untuk mengelakkan keserbabutan kalau nak bayar kan.yelah.akak2 and abang2 kita ni kalau beli, tgn penuh kiri kanan.cuba bayangkan kita pegang purse or wallet pastu nak bayar kena la pulak bukak,selak,seluk duit tu kan. (ye,ayat aku agak lain macam di situ -___-; maap.)dengan plastik kiri kanan tangan, mau ke tidak kau buat aksi mari menari sorang2 edisi bazar depan akak/abang gerai tu?terhibur hati mereka sebentar.ini baru yang bawak purse/wallet kat tangan.cube pulak akak2 yang bawak handbag.hehe.aku tgh terbayang pulak.gelak sorg2.oleh itu, kalau nak gy bazar tu, ready la duit secukupnya buh dalam poket ke.lagi satu pun utk safety reasons.and kesenangan dan kepantasan membeli.save time okeh people~

4.PERFECT TIMING NAK PERGI BAZAR
selalunye lepas asar la kan.tapi tu lah.ramai pulak lepas tu.aku rase this is up to the person jugak.maybe ade time dia, and other contributing factor as well.tapi,jangan la pukul 3 tu kau dah bertapak kat bazar.apekah?gerai pon takde lagi and aku rase abg or akak gerai memang baru nak keluar and redi2 barang utk dijual kat bazar.lepas tu, bila sampai awal, alamak, murtabak tak siap lagi.maka kau dengan bagus magusnye berdiri dekat gerai murtabak tu, tengok abang murtabak masak murtabak (aku rase aku nk makan murtabak la banyak kali taip murtabak ni) tak ke awkward bagi abang murtabak nak masak muratabak (hamek kau MURATABAK~!) order la dengan abang tu, pastu tak payah la kau berdiri macam tugu negara kat depan beliau.tak jadi kang murtabak dia.kalau masa aku kat melaka dulu, kelas abis memang just on time nak pegi bazar.kadang2 awal tu ade la, tapi just nice la.haih.rindu nak pefi bazar kat peringgit. :(

5.BAZAR SANA BAZAR SINI
ape salahnya kita bertukar-tukar bazar sekali sekala,maklumlah nak try sana sini.kalau kat melaka, bazar kat peringgit ade,batu berendam ada, kat taman cempaka ada, kat depan mydin pun ada.memang byk la bazar aku pegi ni.sekali sekala nak tukar selera.try try bazar ni ada ape yang best, bazar tu ada ape yang best. bosan jugak la kan kalau dok bazar yang same je.sampai akak nasi ayam tu dah jadi bff kau.bosan la dey.haha

so, aku rase itu yang aku mampu kongsi
tapi kalau ade lagi tips or kaedah yang best memanfaatkan masa di bazar
please do share with me.
jangan lah membeli sakan ye kat bazar tu.
xmampu nak berdiri kang kau nak angkat perut boyot itu.
kau mampu?

hehe.
selamat berpuasa. ;)

ads.ads.ads.clicky click!