Wednesday, January 19, 2011

dan bila kau kembali, janji-janji kosong itu semakin kosong.

kau permainkan dia
kau bohong dia
kau buat dia rasa yang kaulah satu-satunya yang dia perlukan dalam dunia
tapi kau buat lain
kau kahwin lain
dan kini, kau berdiri di depan dia
mengucapkan kata-kata kosong kepadanya lagi sekali
kau tak layak mengucap kata-kata itu
kerana kata-kata itu membuktikan kau seorang lelaki yang tidak berguna
kau kata kau rindukan kemanjaannya
kau kata kau rindu rupanya
kau kata kau rindu menghabiskan masa dengannya

tapi masa kau kahwin, kau ada fikirkan tentang dia?

tapi ku harap
wahai si bunga
janganlah kau jatuh perangkap dia lagi
setelah apa yang kau telah lalui
setelah kau bazirkan kasih sayang kepada lelaki yang tidak berguna itu
janganlah kau membazirkan masa untuknya lagi
pergilah cari yang baik
pergilah cari yang boleh janjikan kau bahagia
kau memang layak untuk jadi bahagia
tidak kira betapa teruknya kau
manusia berhak untuk hidup bahagia.


No comments:

Post a Comment

ads.ads.ads.clicky click!