kita sebagai rakyat malaysia
kalau datangnye bulan ramadhan yang mulia ni
memang sinonimos dgn tak lain tak bukan
BAZAAR RAMADHAN.
tapi tahun ni aku cukup sedih la kan sbb aku dok umah je
mama masak
cukup la tu kan.makan banyak jugakk~tehehe
so, disini, aku nak share la tips tops pegi bazaar ramadhan.
ley jugak nak kongsi ramai2.kalau sudi. =)
1. PARKING SANA SINI.
situasi ini sangatlah biasa kalau kita pergi bazar, tak kire lah kat mane2.dan jangan la korang tipu kat aku kan bulan2 puase ni, mesti dalam otak korang penah pikir kan,'AKU NAK PARKING YANG PALING DEKAT DENGAN BAZAR'.kan kan kann?ade la penah aku nmpk seorang manusia ni yang sanggup tunggu kereta lain nak keluar sebab nak parking dekat n betul2 kat tepi startnye gerai2 bazar tu kan.kepada manusia itu,terima kasihlah kerana menguji kesabarang orang-orang di belakang anda.anda secara tidak langsung mengakibatkan kesesakan lalu lintas.apala salahnya kalau kita parking jauh sikit,dapat exercise time puasa sikit,letih tu sekejap je.nanti kau nampak makanan tak ingat dah letih kau tu.sebab aku pun camtu.teehee
2.DECIDE WHAT YOU WANT TO BUY
this applies on everyone and me myself and i.rutin aku kalau aku kat bazar, aku jalan sampai hujung, usha2 makanan dan abg hensem,eh,tak,salah.hehe.usha la makanan ape yg ade.and eating ethics kena la ikot so dapat la elak nafsu yang membuak-buak itu.kalau makan, kita mesti start dengan appetizers, main course and finally dessert kan?so, utk org malaysia kalau time nak buka puasa, appetizers mesti la kueh2 ke, taufufa ke, main course tu nasi arab ke,nasi beriyani ke, dessert tu maybe buah2.tapi ade jugak yang aku nampak appetizer nasi, main course pun nasi, dessert pon nasi.OKAAAYYY.boyot prot akak~tp time bazar memang la fiesta makanan, nafsu maseng2 banyak lah keinginan nak makan tu la,makan ni la.apedehal, puasa kan sebulan.hari2 makan la menu laen2.apa susah?ni skali satu hari kalau boleh satu bazar tu kau nak angkut balik.yes,terbaekkkk.
3.DUIT READY DEKAT TANGAN
yes,ini untuk mengelakkan keserbabutan kalau nak bayar kan.yelah.akak2 and abang2 kita ni kalau beli, tgn penuh kiri kanan.cuba bayangkan kita pegang purse or wallet pastu nak bayar kena la pulak bukak,selak,seluk duit tu kan. (ye,ayat aku agak lain macam di situ -___-; maap.)dengan plastik kiri kanan tangan, mau ke tidak kau buat aksi mari menari sorang2 edisi bazar depan akak/abang gerai tu?terhibur hati mereka sebentar.ini baru yang bawak purse/wallet kat tangan.cube pulak akak2 yang bawak handbag.hehe.aku tgh terbayang pulak.gelak sorg2.oleh itu, kalau nak gy bazar tu, ready la duit secukupnya buh dalam poket ke.lagi satu pun utk safety reasons.and kesenangan dan kepantasan membeli.save time okeh people~
4.PERFECT TIMING NAK PERGI BAZAR
selalunye lepas asar la kan.tapi tu lah.ramai pulak lepas tu.aku rase this is up to the person jugak.maybe ade time dia, and other contributing factor as well.tapi,jangan la pukul 3 tu kau dah bertapak kat bazar.apekah?gerai pon takde lagi and aku rase abg or akak gerai memang baru nak keluar and redi2 barang utk dijual kat bazar.lepas tu, bila sampai awal, alamak, murtabak tak siap lagi.maka kau dengan bagus magusnye berdiri dekat gerai murtabak tu, tengok abang murtabak masak murtabak (aku rase aku nk makan murtabak la banyak kali taip murtabak ni) tak ke awkward bagi abang murtabak nak masak muratabak (hamek kau MURATABAK~!) order la dengan abang tu, pastu tak payah la kau berdiri macam tugu negara kat depan beliau.tak jadi kang murtabak dia.kalau masa aku kat melaka dulu, kelas abis memang just on time nak pegi bazar.kadang2 awal tu ade la, tapi just nice la.haih.rindu nak pefi bazar kat peringgit. :(
5.BAZAR SANA BAZAR SINI
ape salahnya kita bertukar-tukar bazar sekali sekala,maklumlah nak try sana sini.kalau kat melaka, bazar kat peringgit ade,batu berendam ada, kat taman cempaka ada, kat depan mydin pun ada.memang byk la bazar aku pegi ni.sekali sekala nak tukar selera.try try bazar ni ada ape yang best, bazar tu ada ape yang best. bosan jugak la kan kalau dok bazar yang same je.sampai akak nasi ayam tu dah jadi bff kau.bosan la dey.haha
so, aku rase itu yang aku mampu kongsi
tapi kalau ade lagi tips or kaedah yang best memanfaatkan masa di bazar
please do share with me.
jangan lah membeli sakan ye kat bazar tu.
xmampu nak berdiri kang kau nak angkat perut boyot itu.
kau mampu?
hehe.
selamat berpuasa. ;)