Saturday, June 19, 2010

geli-geli perut part 3.

sindiran yg x jadi.mmg padan la ko sindir pak pandir yg bengap tu.

**



Pada suatu hari Mak Andeh berkata kepada Pak Pandir.

Mak Andeh: Pak Pandir cube lah awak tu pergi la ke pekan dan beli mesin rumput yg baru.

Pak Pandir: Kenape pulak?

Mak Andeh: Mesin rumput yg lame tu dah rosak, lagi pon rumput kat laman rumah kite ni pun dah macam Hutan Amazon. 

(Mak Andeh cube menyindir)
Pak Pandir: Itu lah bagus. Menjaga alam semula jadi namenye.

(Sindir Pak Pandir)

Dalam keadaan menyinga, Mak Andeh masuk kedalam mengambil gunting, dan memotong rumput menggunakan gunting kain.
Dalam hati Mak Andeh berkata "harap-harap orang tua ni paham la sindiran aku kali ni"

Pak Pandir tercengang melihat Mak Andeh lalu masuk kedalam.

Melihatkan kelakuan Pak Pandir, Mak Andeh melompat kegirangan. 
"Yahoo! Mesti orang tua ni nak gi pekan bile mesin potong rumput, sayang jugak Pak Pandir kat aku''

Tak lama kemudian pak pandir pon keluar sambil membawa berus gigi.

Dalam keadaan tercengang Mak Andeh bertanya.

Mak Andeh: Nak buat ape ngan berus gigi tu?

Pak Pandir : Sapu sampah la.

Mak Andeh: Apsal pulak?

Dengan selamber Pak Pandir menjawab :

Pak Pandir: Ai! Awak potong rumput dengan gunting boleh. Takkan saye nak sapu sampah dengan berus gigi tak boleh.

Mak Andeh: *****nye orang tua ni. AARRRGGGHHHHHH............!

**
Name-name jepun.

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJACI CARIMATI

**
CARA-CARA NAK DAPAT SIGNAL HANDPHONE FULLBAR.

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 014, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.

Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!

*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

MUAHAHA.

**
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap
panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat."

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2009 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan....pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat
tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :



"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "



more to come. =D

No comments:

Post a Comment

ads.ads.ads.clicky click!

Labels